Subscribe

RSS Feed (xml)



Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Friday, May 22, 2009

pertemuan vs perpisahan...


Hari yang berlalu kian cepat kurasa...
esok diri ini bakal meninggalkan bumi UKM yg tercinta...

Ya Allah, sayangnya aku pada ukhuwah ini..
tapi aku redha, andai ini ketentuanmu..

seharusnya... apabila aku merasa senang dengan pertemuan yang
membibitkan rasa kasih syg dalam ukhuwah ini.....
aku seharusnya tahu... tiap pertemuan itu pasti ada perpisahannya...

sahabat...
ingatlah aku dimana sahaja kau berada..
sesungguhnya kasih syg ini...
Insya'Allah, xkn pudar buat selamanya...
segala kenangan... pahit manis dan suka duka kita xkan kulupakan sampai bila-bila...

maafkanlah aku sahabat..andainya sepanjang tempoh persahabatan ini..
aku mengguris hatimu...
hingga mengalirnya titis-titis jernih di pipimu...

aku hanyalah insan biasa..
xterlepas dari membuat salah..

redhakanlah aku seadanya sahabat...

sesungguhnya aku insan yang amat bertuah kerana dipertemukan dengan shbt2 seperti kalian...
terima kasih sahabat...atas segalanya...

teruskan perjuangan..sahabat..
doaku mengiringi langkah kalian...:)

Sunday, May 17, 2009

perpisahan itu sudah hampir....

Perpisahan semakin hampir…

Setiap hari, diri ini makin menghitung hari..

meniti hari2 di ukm ni sebenarnya memenatkan…kadang2 air mata ini mengalir tanpa sedar lantaran kesusahan yang menghimpit diri..namun, ana pujuk diri ini..

sabarlah..tabahlah duhai diri…Allah sentiasa ada disisi…

Bantuan yang Allah berikan melalui sahabt2 yg benar2 memahami diri ini., membuatkn ana telah berupaya melalui perjalanan tiga tahun di UKM yang hanya sekejap Cuma…

namun..begelar pelajar tahun akhir membuatkan ana merasakan ana sentiasa dirundung sayu…sayangnya ana pada tmpat yg banyak mencurahkn segala bakti pada ana..sayangnya ana pada pensyarah2 yg bnyk berbudi pada diri ini..sayangnya ana pada sahabat2 yang tidak jemu bersama ana selama tiga tahun ini…sehingga terasa sukar melepaskan semuanya pergi…

TERIMA KASIH sahabt…sesungguhnya bersamamu kenangan yg terindah..

Teristimewa juga buat sahbt2 PERDANA..

Teristimewa juga buat sahbt2 Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan

Teristimewa buat sahbt2 kolej Amin yg disayangi...

TERIMA KASIH kerana membuatkan hari2 ku di UKM lebih bermakna

Terima kasih para pensyarah fpi…kerana tidak jemu dalam memberi ilmu buat insan yang dahagakan ilmu ini…

Terima kasih juga atas nasihat..semangat yang ustaz dan ustazah di jabatan Pengajian Dakwah dan kepimpinan curahkan pada kami…

Sesungguhnya jasa kalian xterdaya untukku memblasnya..


Tuesday, May 5, 2009

selamat hari ibu:)


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


rindunya kt mymom...:(

Duhai hati..dengarkanlah....

kegagalan hari ini tidak bermakna gagal untuk selamanya...kesedihan hari ini bukan untuk selamanya...


wahai diri...

tabahlah...redhalah..kuatlah...hanya sedikit ujian yang Allah berikan kepadamu...sebagai tanda kasihnya Allah padamu..

Allah rindu untuk mendengar keluhanmu...

rintihanmu...

rayuanmu kepadanya...


sedarlah wahai diri yang bertuah...

orang yang beriman tidak akan dipanggil seorang mukmin selagi mana ia tidak diuji....

oleh Allah..


sedarilah...

kemanisan dalam menempuh cabaran dan dugaan ini dengan penuh keredhaan dan kesabaran...akan membuahkan nikmat dan hikmat yang tidak teduga...


wahai diri yang amat disayangi...

yakinlah akan ketentuan Allah...

Allah tahu apa yang terbaik untukmu...

sekiranya kamu redha...

sudah pasti kamu akan temui hikmah yang teramat besar disebaliknya...


wahai diri...

janganlah kau mengeluh, berdukacita dengan apa-apa yang berlaku...kerana...rahmat Allah terlalu luas untuk hamba-hambanya...


cuba kau renungkan...

betapa banyak kenikmatan yang diberikan kepadamu berbanding kekecewaan yang diberi sedikit cuma...


oleh itu, wahai jiwa yang bertuah...

jangan berputus asa...

jangan berputus asa...

jangan berputus asa...dari rahmat Allah

kerana..kebahagian dan ketenangan itu..akan kau temui jika kau redha atas segalanya...


bingkisan rasa,

layyinulharir@violetSmile

ptsl 270409, 10.30pm

Sunday, April 26, 2009

Keputusan Jemaah Menteri Meminggir Perlembagaan Persekutuan dan Hukum Syarak

Zainul Rijal Abu Bakar

Setiausaha Agong, Peguam Pembela Islam

Masyarakat Islam arus perdana amat terkejut dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz bahawa Jemaah Menteri telah bersetuju memutuskan kanak-kanak mesti kekal menganut agama asal ketika ibubapanya berkahwin walaupun salah seorang pasangan itu menukar agama. Keputusan yang dibuat oleh jemaah menteri dikatakan sebagai langkah penyelesaian jangka panjang berhubung isu pertikaian status agama kanak-kanak berkenaan apabila ibu atau bapa mereka menukar agama.

Keputusan Jemaah Menteri ini sangatlah dikesali. Manifestasi kekesalan ini dizahirkan apabila lebih seratus NGO Islam berkumpul menyatakan bantahan mereka semalam (Jumaat). Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) juga melalui Timbalan Presidennya Musa Awang telah mengeluarkan kenyataan membantah keputusan tersebut. PGSM adalah NGO pertama yang menyuarakan kekesalan mereka.

Bagi memahami implikasi keputusan jemaah menteri ini beberapa perkara perlu diperincikan terlebih dahulu terutamanya kedudukan perlembagaan, undang-undang dan hukum syarak. Sebenarnya terdapat tiga perkara utama yang terkesan daripada keputusan ini iaitu berkaitan dengan pembubaran perkahwinan, agama anak dan pemeliharaan anak.

Pembubaran Perkahwinan

Di dalam perkahwinan sivil yang didaftarkan melalui Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 pembubaran perkahwinan hanya boleh berlaku jika perkahwinan itu telah pecahbelah dan tidak dapat diselamatkan lagi. Perkara ini termaktub di dalam seksyen 52 Akta tersebut. Seksyen 51 Akta yang sama pula menjelaskan jika salah seorang pasangan itu memeluk Islam pasangan yang tidak memeluk Islam itu boleh memfailkan petisyen pembubaran perkahwinan menurut seksyen berkenaan selepas tiga bulan pasangannya memeluk Islam. Ini bermakna petisyen perceraian atas alasan pemelukan agama Islam hanya boleh difailkan oleh pasangan yang tidak memeluk agama Islam sahaja. Selagi dia tidak memfailkan petisyen perceraian tersebut perkahwinan sivilnya bersama pasangan yang telah memeluk Islam tetap dianggap sah di bawah akta tersebut.

Jelaslah di sini ketidakadilan yang amat sangat berlaku kepada pasangan yang memeluk Islam itu memandangkan beliau langsung tidak mempunyai locus standi untuk memfailkan petisyen perceraian berdasarkan seksyen tersebut..

Namun mahkamah syariah menurut Jadual Kesembilan Senarai 2 Butiran I Perlembagaan Persekutuan, boleh membuat penentuan sesuatu perkara mengenai hukum dan doktrin syarak. Seksyen 46(2) Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 menepati semangat Perlembagaan Persekutuan ini dengan memberi kuasa kepada mahkamah syariah membuat penentuan mengikut hukum syarak apakah kedudukan perkahwinan tersebut.

Seksyen 46(2) tersebut memperuntukkan jika salah satu pihak kepada sesuatu perkahwinan bukan Islam memeluk Islam, maka perbuatan yang demikian tidak boleh dengan sendirinya berkuatkuasa membubarkan perkahwinan itu melainkan dan sehingga disahkan oleh Mahkamah. (Mahkamah di sini bermaksud mahkamah syariah).

Seolah-olah terdapat polemik di sini di mana kedua-dua mahkamah mempunyai bidangkuasa. Oleh yang demikian terdapatlah cadangan seksyen di atas ditiadakan bagi menyeleasikan kemelut ini. Tetapi sebenarnya bukan hanya seksyen tersebut sahaja perlu dipinda malah seksyen yang sama di negeri-negeri lain juga perlu dipinda dan mendapat pekenan Raja-Raja Melayu. Ia mungkin jalan yang tidak mudah digapai.

Sebenarnya tatkala seseorang itu telah memeluk Islam sudah pasti Perlembagaan Persekutuan memberi jaminan kepada mualaf itu mengamalkan agamanya termasuklah undang-undang diri seperti munakahat. Mengheret mualaf ini ke mahkamah sivil merupakan pelanggaran hak kebebasan beragama bagi mualaf ini. Seorang yang sudah mendapat hidaya daripada Allah sudah tentu tidak mahu balik ke zaman jahiliyahnya kembali. Inilah hak yang perlu dipertahan oleh kerajaan dan bukan merobek hak ini atas alasan yang picisan yang tidak selaras dengan Perlembagaan.

Membawa orang bukan Islam ke mahkamah syariah pula bukanlah suatu perkara yang mudah kerana kebiasaannya orang bukan Islam enggan hadir ke mahkamah syariah atas alasan tidak mahu tertakluk kepada undang-undang Islam. Namun sebenarnya apa yang diputuskan oleh mahkamah syariah hanyalah membuat perisytiharan di sisi hukum syarak apakah kedudukan perkahwinan tersebut sahaja. Amatlah tidak wajar mualaf ini dinafikan hak ini. Hakikatnya ialah sebahagian orang bukan Islam tidak mengiktiraf langsung keujudan mahkamah syariah ini. Mereka tidak mahu membantu mahkamah syariah memberi keputusan yang adil. Mereka sanggup memberi keterangan di medan media tetapi tidak di mahkamah syariah. Mahkamah Syariah adalah sebahagian dari system perundangan negara yang sah. Tidak ada seorangpun boleh memperlekehkan mahkamah syariah.

Agama Anak

Perkara 12(3) Perlembagaan Persekutuan menyatakan tiada seorangpun boleh dikehendaki menerima ajaran sesuatu agama atau mengambil bahagian dalam apa-apa upacara atau upacara sembahyang sesuatu agama, selain agamanya sendiri. Perkara 12(4) pula menegaskan bagi maksud Perkara 12(3) di atas, agama bagi seseorang yang di bawah umur lapan belas tahun hendaklah ditetapkan oleh ibu atau bapanya atau penjaganya.

Perkara 12(4) ini telah ditafsirkan oleh penghakiman mahkamah tertinggi negara iaitu Mahkamah Persekutuan di dalam kes Subahsini mlwn Saravanan di mana mahkamah tersebut telah memutuskan bahawa salah seorang (bukan kedua) ibu bapa boleh menentukan keIslaman anak tersebut.

Peruntukan Perkara 12(4) dan juga tafsiran yang dibuat oleh Mahkamah Persekutuan tersebut sebenarnya selaras dengan Hukum Syarak. Sebenarnya telah disepakati di kalangan ulama’ bahawa apabila salah seorang ibubapa bukan Islam memeluk Islam, anak di bawah umur mereka itu disifatkan sebagai Islam. Ini adalah kerana anak yang dilahirkan itu adalah fitrah, dan fitrah di sini bermaksud Islam.

Undang-Undang Syariah ditegakkan berasaskan kepada al maqasid al syariah. Terdapat lima al maqasid al syariah (objektif syariah) iaitu menjaga agama (hifz al din), nyawa (hifz al nafs), keturunan (hifz an nasab), akal (hifz al aql) dan harta (hifz al mal).

Bagi mencapai maqasid ini umat Islam dipertanggungjawabk an memelihara kelima-lima perkara ini termasuklah menjaga agama dan keturunan. Oleh yang demikian agama anak itu hendaklah mengikut mana-mana ibubapa yang Islam. Umat Islam tidak dapat menerima sekiranya al maqasid al syariah ini tidak dapat dicapai.

Alasan Nazri agar mengikut ‘common sense’ adalah telalu dangkal. Dalam undang-undang kita tidak boleh menggunakan ‘common sense’. Ada asas dan falsafah yang perlu ditafsirkan dan dihayati. Sebagai perbandingannya jika kita menggunakan common sense tersebut, adalah kita boleh dianggap tidak melakukan kesalahan trafik apabila melanggar lampu isyarat merah tatkala tiada kenderaan yang melintasi di hadapan kita? Secara common sense nya sudah tentu kita tak bersalah tetapi undang-undang mempunyai falsafahnya tersendiri bagi mengawal kemaslahatan sejagat. Apatah lagi ‘common sense’ beliau itu melanggar hukum syarak pula.

Keputusan jemaah menteri tidak boleh mengatasi peruntukan Perkara 12(4) dan tafsiran yang dibuat dalam kes Subahsini. Jemaah menteri juga sebagai badan eksekutif tidak boleh mencampuri urusan kehakiman (samada sivil ataupun syariah) apatah lagi menganggu keputusan mahkamah dengan mengeluarkan kenyataan bertentangan dengan keputusan mahkamah. Seharusnya segala ruang yang dibenarkan oleh undang-undang diambil bagi menangani permaslahan ini dan bukan melalui campurtangan eksekutif yang secara langsung merujuk kepada kes Muhammad Ridzuan tersebut.

Pemeliharaan Anak

Mengenai pemeliharaan anak pula. Sudah menjadi amalan di mahkamah syariah dan mahkamah sivil bahawa kebajikan anak mengatasi hak ibu atau bapa. Di dalam memutuskan hak jagaan anak sudah tentulah faktor mengenai kebajikan anak ini di titikberatkan. Kebajikan anak ini termasuklah permasalahan aqidah, tumbesaran dan pembelajaran anak tersebut. Perkara sebegini boleh diputuskan oleh Mahkamah. Hak memelihara anak ini biasanya diputuskan setelah mengambil kira keperluan dan kebajikan anak.

Namun apa yang berlaku ialah masyarakat bukan Islam atas sebab-sebab tertentu terlalu takutkan mahkamah syariah dan menganggap mahkamah syariah hanya mempertahankan hak orang Islam sahaja. Sudah dibuktikan di dalam beberapa kes di mahkamah syariah, keputusan yang dikeluarkan oleh Hakim Syarie tidak memihak kepada orang Islam tetapi memihak kepada keadilan.

Berbalik kepada keputusan jemaah menteri di atas, amat jelas keputusan tersebut gagal mempertahankan kelebihan agama Islam sebagai agama Persekutuan. Keputusan tersebut menyamatarafkan Islam dengan agama-agama lain dan perkara ini tidak dapat diterima oleh masyarakat Islam arusperdana.

NGO-NGO Islam juga mempersoalkan keputusan Jemaah Menteri yang dibuat itu langsung tidak mengambilkira pandangan NGO-NGO Islam. Dalam masa yang sama pula pihak kerajaan termasuk Timbalan Perdana Menteri telah berjumpa dengan NGO bukan Islam mengenai kes yang tersebut di atas.. Tiada usaha untuk mendapatkan pandangan NGO Islam dilakukan bagi mendapat pandangan mereka sebelum keputusan dibuat.

Malah ada beberapa NGO Islam cuba untuk bertemu dengan pimpinan kerajaan tetapi tidak dapat direalisasikan. Seharusnya pihak kerajaan lebih peka dengan sensitiviti umat Islam khususnya masyarakat saudara baru. Suara mereka harus didengar terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan yang membabitkan mereka dibuat. Hak mereka untuk didengar (audi alteram partem) oleh pimpinan kerajaan sudah tiada lagi. Di manakah audi alteram partem itu?

Pihak Kerajaan perlu lebih berhati-hati di masa akan datang dalam membuat keputusan berkaitan Islam. Jangan mendahului para ilmuan Islam dan ulama.. Pandangan NGO Islam juga mestilah diambilkira. NGO-NGO Islam telah menzahirkan kegusaran mereka berhubung dengan keputusan jemaah menteri tersebut, sudah sewajarnyalah keputusan tersebut ditarik balik.

Thursday, April 16, 2009

slm jihad final exam :)


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Saat ana menarikan keyboard ni...ana rasa semua shbat tengah study kn?
bgus2...tp dalam cbuk2 study 2, disini ana nak menyeru pada diri ana sendiri n sahabt2 agar kita tak lupakan tiga perkara yang penting:

1.Hubungan dengan Allah s.w.t
Jangan kerana sibuk sangat study, solat lambat, Quran xbaca n lain2 amalan yang biasa buat, ditnggalkan..kerana takut xsempat study..ye la kn, exam pun da dekat..takuttt!!!

2. Tidur jangan xtidur
tidur yang cukup penting untuk otak..nti kalau otak penat..cam ne nak study ? huhu..tpi jgn terlebih tdo plak..maklumla, nk Qada' tido yang xcukup..

3. makan-jangan xmkn..
bkn idup untuk makn.he..mane la tau,tiba2 perut msuk angin, jatuh sakit plak..sape susah kn? cma, jangan lah mkn lebih dari biasa..tkut da lbih 2, paham2 je la kan, mls nak study.he

sebenarnya, ada bnyak lgi perkra yang patut diberi perhatian time nak exam ni..tpi ckupla 3 perkara 2 ea..xsempat nk taip..nk study gak..

Lastly. gud luck untuk semua sahabat2...bittaufiq wannajah fil imtihan..semoga kita semua berjaya di dunia dan akhirat :)

Monday, April 13, 2009

koleksi nasyid-nasyid tentang sahabat

kupersembahkan lagu-lagu ini khas untuk semua sahabat2...kerana kalian sahabatku...kerana kita bertemu kerana NYA..ukhuwah fillah abadan abada :)



Koleksi Nasyid Sahabat

Wednesday, April 8, 2009

Bersama-Devotees




lgu ini ditujukan khas buat sahabat2 yang sentiasa dekat dihati ini:)


Kita pernah bersama
menempuh onak & duka,
Tidak pernah putus asa walau dugaan datang melanda,
Dikau pernah bertanya bila cahayaa akan tiba,
Ku berkata bersabarlah, serahkan saja pada Yang Esa,

Bila masanya menjelma,
Kejayaan akan tiba,
Namun tidak mungkin ku lupa kenangan indah kita bersama,
Menempuh onak cabaran & liku hidup yang panjang,
Tidak mungkin hidup ini sepi selagi ku masih di sini,

Kita pernah bersama menempuh onak & duka,
Tidak pernah putus asa walau dugaan datang melanda,

Bila masanya menjelma,
Kejayaan akan tiba,
Namun tidak mungkin ku lupa kenangan indah kita bersama,
Menempuh onak cabaran & liku hidup yang panjang,
Tidak mungkin hidup ini sepi selagi ku masih di sini,

Kini terungkai sudah kisah hidup kita,
Berbekal taat & sabar pasti kan berjaya....


Bersama - Devotees

Sunday, April 5, 2009

Cintaku hanya untukmu Rabbi :)



Ya Allah..
kucari redhamu...

Disebalik duka yang menghimpit...
tersembunyi segala rahmatMU...
Disebalik duka yang menekan..
tersembunyi segala kasih sayangMU...

Ya Rabbi..
aku terpaku disini...
melihat banyaknya nikmatMu Ilahi..
terkadang aku malu sendiri..
tidak terdaya untukku membalas segalanya..
hanya dengan sujudku dan zikirku padaMU Ilahi...
tanda taatku dan kepatuhanku..
tanda syukurku padaMu ya Allah...

Ya Allah...
hambaMu berdosa..
hanyut dan leka dalam arus dunia...
yang menipu..yang membawa sengsara...
bimbinglah aku...
bimbinglah hambaMU ini...
menuju jalanMU...
menuju cintaMU..
yang hakiki...


kucari redhaMu Ilahi..:)
Nukilan rasa..
layyinulharir

Wednesday, March 18, 2009

Banyaknya Dugaan: Kita Bertanya-Al- Quran Menjawab


Artikel ini saya dapat melalui seorang kawan yang di emailkan kepada saya..ketika bait-bait dalam artikel ini dibaca...diwaktu itu, saya sedang bersedih..Alhamdulillah,selesai membaca artikel ini..saya rase tenang..setenangnya...dan saya rase perlunya saya post kn kt blog ni..smga ianya dapat memberi pedoman untuk orang lain... Insya'Allah..

Hidup ini penuh dgn ujian. Memang perit dan pedih utk menghadapinya. Tapi kita kena faham konsep “ujian” di dalam perspektif Islam. Kerana sekiranya kita tidak faham dengan jelas, kita akan cepat putus asa, kecewa dan lebih membahayakan apabila kita buruk sangka terhadap Allah SWT. Jadi, bagaimana ingin memujuk hati yg sedang berduka lara itu???

Pujuklah dengan berzikir dan mengingati Allah….dan bacalah Al Quran…
sesungguhnya, byklah sudah isi2 yg tersingkap di dalamnya……segala jawapan ada di dalamnya….

KENAPA AKU DIUJI?

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta.”-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

Boleh jadi mau membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.- Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. -Surah Al-Baqarah ayat 286

RASA FRUST?

Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal
kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg berima.- Surah
Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala
kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan
kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan
perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah
supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). - Surah Al-Imran ayat 200

Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah
berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk- Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?

Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu’min, diri, harta mereka dengan
memberikan syurga utk mereka…..-Surah At-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku
bertawakkal. -Surah At-Taubah ayat 129

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!

……dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada
berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.- Surah Yusuf ayat 12

Sunday, March 8, 2009

Erti ucapan terima kasih


Perkara yang ingin saya bicarakan disini bukan hanya untuk menjadi renungan buat shbt2 yang mengunjungi blog kerdil ini, tapi juga sebagai renungan untuk sy sendiri…. sebagai manusia biasa yang kadangkala terlupa dan terleka.

Jika dilihat fenomena sekarang ini, ada juga dikalangan orang yang sukar mengucapkan terima kasih. Apatah lagi untuk memohon maaf. mungkin perkara ini dianggap remeh, namun amat susah untuk mengucapkan hanya dua perkataan tersebut… susahkah untuk menyebut “terima Kasih”.. sy pernah mendengar kisah dari seorang kawan yang ada seorg emak kawan telah membuat sumthin untuk kwannya itu tanpa mengenakan sedikitpun byran ats bantuan itu.. apakah perasaan yang anda rasa apabila shbt itu mengambil barang tanpa mengucapkan sepatah kata, apatah lagi ucapan terima kasih atas bantuan maknya itu.. cerita yang saya seritakan ini bukan untuk memburukkan sesiapa, tetapi sebagai pedoman semua n khasnya untuk diri saya sendiri.

Sedangkan, ada hadis yang menekankan mengucapkan terima kasih kepada orang yang telah berbudi kepada kita walaupun Islam menuntut setiap orang Islam melakukan amal kebaikan dengan ikhlas.

Dalam satu hadis riwayat Imam Tirmizi ada menyatakan:

Barangsiapa yang tidak berterima kasih kepada manusia maka dia tidak berterima kasih kepada Allah.


Hadis ini, menurut pandangan Imam Tirmizi ialah hasan sahih. Maksudnya hadis ini terpakai dan kita perlu mengamalkannya.

Kenapa pentingnya ucapan ini? Fitrah manusia suka kepada penghargaan dari orang lain.. bagaimana perasaan anda apabila ada insan yang mengucapkan terima kasih? Tentunya anda terasa gembira dengan ucapan itu…

Justeru itu, ayuh sahabat2…kita baiki diri kita. Belajar untuk berterima kasih kepada orang yang berbudi kepada kita semua….