Subscribe

RSS Feed (xml)



Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Thursday, October 23, 2008

Konsep blog saya

Alhamdulillah… Selepas bertungkus lumus bagi menyiapkan tugasan yang telah di amanahkan oleh pensyarah, akhirnya selesai juga. Pembinaan blog telah lama berada dalam fikiran saya, iaitu kira-kira setahun yang lalu, tambahan pula along saya yang berada di timur tengah ketika itu selalu mendorong saya untuk create blog sendiri, tetapi disebabkan kesibukan saya dalam menjalani hidup sebagai seorang pelajar, tambahan pula pada ketika itu, wireless tidak ada di kolej, hal itu cuma berada difikiran saya sahaja. Justeru itu, jutaan terima kasih di ucapkan buat lecturer saya, Prof Madya Dr Zulkiple bin Abd.Ghani kerana disebabkan tugasan yang diamanahkan kepada saya ini menyebabkan impan untuk mempunyai blog sendiri dan berkongsi dengan orang lain terlaksana juga.

Blog ini berkonsepkan perkongsian yang mana saya mengenengahkan isu-isu semasa agar dapat memberi kesedaran tentang apa yang berlaku pada hari ini bersesuaian dengan konsep amar ma’ruf dan nahi mungkar.

Blog saya ini bertemakan “mencari cinta sejati..mendamba kasih ilahi. .. saya memilih tema ini kerana kerana dalam kita menempuh liku-liku kehidupan di dunia ini, matlamat kita hanya satu, mendambakan kasih ilahi sehinggalah di akhir nafas kita. Ia bertepatan dengan isi kandungan blog saya ini yang mengandungi pelbagai isu-isu yang sepatutnya kita fikirkan bersama dalam menuju redha tuhan. Selain itu, saya menamakan blog saya sebagai Layyinul Harir. Saya memilih nama tersebut kerana saya berharap supaya setiap orang yang memasuki ruangan blog saya sentiasa merasa terbuka untuk membaca artikel-artikel yang dipaparkan.

Saya berharap dengan terciptanya blog ini, setiap orang sentiasa menyedari bahawa setiap isu-isu yang berkaitan dengan agama Islam tidak seharusnya dipandang remeh dan sepatutnya difikirkan secara bersama Seterusnya menjadi iktibar buat semua umat Islam.

Wallahua’lam

No comments: