Subscribe

RSS Feed (xml)



Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Wednesday, October 22, 2008

kurangnya penghayatan Islam dalam diri remaja kini

Sejak akhir-akhir ini, banyak salah laku remaja dipaparkan di media massa. Antaranya kebiadaban 2 orang pelajar yang memukul guru disebabkan guru tersebut memintanya menyerahkan kerja yang diberikan. Keadaan ini amat jauh berbeza jika dibandingkan dengan pelajar pada zaman dahulu yang mana amat menghormati guru mereka. Keadaan ini adalah tidak seberat mana berbanding apa yang berlaku dikalangan remaja pada hari ini yang banyak dilaporkan sebagai penagih dadah, mencuri,punk dan sebagainya. Melihat kepada pelbagai gejala sosial yang berlaku pada hari ini, membuatkan terdetik juga dihati, apakah yang akan berlaku kepada remaja akan datang. Kebimbangan ini semakin bercambah apabila saya dan beberapa orang rakan baru-baru ini telah mengunjungi PERKID di Hulu Langat, Selangor bagi menyempurnakan tugasan yang telah diamanhkan oleh pensyarah. Amat meyedihkan apabila saya melihat ada dikalangan penghuni PERKID yang berumur baru belasan tahun.

Sering saya tertanya-tanya di dalam hati, apakah remaja-remaja pada hari ini tidak mempunyai bekalan agama sedikitpun dalam diri mereka padahal masa sekolah rendah, semua pelajar Islam wajib menghadiri kelas fardhu Ain di sekolah pada waktu petang. Persoalan itu semakin memberat di dalam kepala saya sehinggalah saya menemui jawapannya daripada seorang pensyarah saya di Universiti. Beliau menceritakan kepada saya dan rakan-rakan di dalam kelas mengenai seorang ustaz yang telah berjaya melanjutkan pelajaran ke Timur tengah, tetapi ustaz itu telah menagih dadah. Justeru itu kata pensyarah saya, wlaupun setinggi manapun kita belajar ilmu agama, tetapi penghayatan kurang, maka akan terjerumus dalam perkara-perkara yang dimurkai oleh Allah s.w.t. semoga kita semua dijauhkan dari perkara dilarang oleh Allah s.w.t

1 comment:

ibtisam said...

assalamualaikum..

Amat menyedihkan apabila tengok anak-anak muda sekarang ini ramai yang jauh dengan nilai2 Islam.Gelagat mereka seolah-olah bebas melakukan apa sahaja tanpa memikirkan agama dan moral. Saya amat setuju jika terdapat golongan yang mempunyai basic agama tetapi tidak terlepas dari terjebak perkara yang negatif kerana mereka berilmu sekadar di kulit saja, tidak diamalkan apatah lagi untuk dihayati sepenuhnya ajaran Islam..Moga2 kita selaku daei perlu sama-sama mengislahkan diri dan di samping menyeru orang lain. Jatuh bangun Islam di tangan2 kita semua..Muhasabahlah teman2ku..=)