Subscribe

RSS Feed (xml)



Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Tuesday, October 21, 2008

Ekonomi di Malaysia hari ini

Keadaan ekonomi umat Islam di Malaysia hari ini adalah jauh ketinggalan berbanding dengan ekonomi masyarakat bukan Islam. Ini adalah salah satu punca utama kemunduran masyarakat Islam. Kelemahan dlm bidang ekonomi menyebabkan kita terkebelakang dlm bidang-bidang lain spt pendidikan, teknologi, politik dan sebagainya.

Sejak lebih 20 tahun perbankan Islam di tubuhkan di Malaysia, sambutan yg di terima adalah amat menggalakkan. Ianya bermula dgn satu bank Islam sahaja, kemudian ianya terus berkembang dan terus berkembang. Pada hari ini kita mempunyai dua bank yg beroperasi dgn 100% dgn prinsip islam dan kebanyakan bank biasa di Malaysia mempunyai kaunter syariah. Mengikut stastistik, kira-kira 10 peratus drp jumlah tabungan di Negara kita adalah di dalam akaun perbankan Islam. Jumlah ini amatlah besar dibandingkan dgn Negara Islam lain.

Atas kesedaran para pemimpin kita, mereka berusaha menubuhkan syarikat insurans Islam yg lebih di kenali dgn panggilan takaful. Setelah membuat kajian, pada tahun 1984 sebuah syarikat takaful di tubuhkan di Malaysia. Dua puluh tahun kemudian, jumlah syarikat takaful ini bertambah menjadi empat. Walau pun begitu, sebahagian besar masyarakat Islam di Negara kita tidak mempunyai kesedaran tentang kepentingan berlindung dgn skim takaful. Kira-kira 85 % masyarakat Islam Negara kita tidak mempunyai takaful atau insurans. Jumlah ini adalah di katakan kritikal berbanding dgn Negara maju. Misalnya di Jepun lebih 90 % rakyatnya membeli insurans.

Di peringkat antarabangsa, dollar hijau amerika menguasai kewangan dunia. Yg pelik dan ajaibnya, dollar itu adalah kertas bercetak yg tidak mempunyai sandaran emas bermakna ia tiada nilai langsung. Pada tahun 1997 matawang negara-negara asia tenggara di serang oleh penyangak watawang. Ini menyebabkan nilai Ringgit Malaysia (RM) telah jatuh nilainya drp RM 2.5 kepada RM 3.8 berbanding US$1. Ini menyebabkan kemelesetan ekonomi. Pakar-pakar akademik dl bidang ekonomi mencadangkan agar kita tidak terlalu bergantung kpd Dollar Amerika. Salah satu caranya ialah dgn kembali menggunakan dinar emas yg telah di perkenalkan oleh Syaidina Omar r.a. Cadangan itu di sambut baik oleh pemimpin umat Islam. Tun Dr Mahathir yg ketika itu Perdana Malaysia telah mengambil langkah pro-aktif mempromosikan penggunaan semula dinar emas itu.

Itulah sepintas lalu senario keadaan ekonomi umat Islam kini. Perjalanan kita amat jauh lagi. Banyak lagi perkara yg perlu kita lakukan. Jadi kita mesti mengenal pasti masalah-masalah ekonomi dan mesti mengubahnya ke keadaan yg lebih baik. Ini selaras dgn tuntutan al-Quran: “ Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga kaum itu berusaha mengubahnya.

No comments: