Subscribe

RSS Feed (xml)



Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Sunday, October 19, 2008

Mahasiswa oh mahasiswa

Mahasiswa merupakan golongan cerdik pandai dan menjadi harapan masyarakat untuk menunjuk ajar masyrakat dan membawa perubahan yang lebih baik kepada negara. Namun sejak akhir-akhir ini, isu couple antara mahasiswa semakin menjadi-jadi. Ia seolah-olah suatu yang lumrah. Bahkan adalah perkara biasa melihat siswa dan siswi berjalan ke kelas, makan dan study bersama, malahan seolah-olah sebagai suami isteri sementelahan waktu pagi di jemput dengan motorsikal atau kereta dan pada waktu malam dihantar pula.

Amat menyedihkan bilamana mahasiswa ini adalah seorang yang terpelajar, bahkan seorang yang beragama Islam. Apakah norma-norma seorang melayu yang beragama Islam telah hilang dari masyarakat kita? Kemana hilangnya norma-norma yang dipegang oleh nenek moyang kita dahulu? Mahasiswa ini pantang ditegur, jika ditegur dikatakan sebagai menjaga tepi kain orang pula. Seharusnya mahasiswa sibuk dengan persiapan-persiapan untuk menjadi insan yang berguna kepada agama, masyarakat dan Negara.

Dalil yang lebih kuat menetang hubungan percintaan ini terdapat dalam Surah Al-Israa’(17) ayat 32:

“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”

Ayat ini memeng cukup popular di kalangan kita. Ramai yang apabila ditegur dengan ayat ini akan menjawab, “Kami tidak berzina. Kami berbual-bual je” , “Kami keluar makan je” dan “Kami main SMS je.” Dan pelbagai 1001 alasan lagi. Para pembaca,sila teliti firman Allah tadi.Dalam ayat ini, Allah melarang kita mendekati zina. Allah menggunakan kalimah ‘walaa taqrobuu’ (jangan hampiri) dan bukannya kalimah ‘walaa ta`maluu’ (jangan melakukan). Ini menunjukkan, walaupun kita hanya mendekati zina, ia sudah pun HARAM! Mungkin ada yang tidak jelas dengan maksud menghampiri di sini. Biar kita ambil contoh, jarak kita dengan dewan adalah 50 meter. Apabila kita melangkah setapak ke arah dewan, jarak antara kita dan dewan adalah 49.8 meter. Inilah dikatakan menghampiri dewan. Jadi, bercinta sebelum kahwin dan ber‘couple’ adalah menghampiri zina, dan menghampiri zina adalah HARAM.

Justeru itu, saya meyeru diri saya dan para pembaca sekelian, jauhilah dari bercouple. Semoga kita semua selamat dari kemurkaan Allah s.w.t. wallahua’lam

No comments: